PETALING JAYA - Seorang pemuda maut serta merta selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan pasir siang tadi.
Kejadian berlaku kira kira jam 3.30 petang di kilometer 457 perpuluhan 5 Lebuhraya Utara Selatan PLUS berdekatan susur masuk Sungai Buloh ke Bukit Lanjan.
Difahamkan mangsa dalam perjalanan ke ibu negara.
Bagaimanapun sebaik tiba di selekoh laluan, mangsa gagal mengelak lori terbabit yang sedang bergerak di lorong perlahan.
Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Mayat mangsa dikenali sebagai Muhammad Zulfadhli Mahamud berusia 20 tahun dibawa ke Hospital Sungai Buloh.
Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ends
MKL Crimedesk | Pemuda Maut Rempuh Belakang Lori
Reviewed by MKLCrimedesk
on
7:41 PM
Rating:

No comments: