www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Pengawal Keselamatan OKU ditemui Mati Depan Pondok Pengawal


KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan yang juga orang kurang upaya OKU ditemui mati dihadapan bilik pengawal keselamatan petang tadi.


Mangsa berusia 39 tahun ditemui terbaring di dalam bilik pengawal di pintu masuk sebuah sekolah agama di Ulu Kelang, Kuala Lumpur jam 6 petang tadi.


Mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui di luar pintu pengawal dipercayai keluar untuk mendapatkan pertolongan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rakaman cctv sekeliling lokasi kejadian sedang diteliti bagi mengenal pasti punca kejadian.


Siasatan forensik tidak menemui sebarang senjata dilokasi kejadian. 


Mangsa dikenali sebagai Mohd Faizal Halim berusia 40 tahun. 


Setakat ini polis menyiasat mengikut Kes kematian mengejut.


Laporan bedah siasat akan menentukan punca kematian. 


END
MKL Crimedesk | Pengawal Keselamatan OKU ditemui Mati Depan Pondok Pengawal MKL Crimedesk | Pengawal Keselamatan OKU ditemui Mati Depan Pondok Pengawal Reviewed by MKLCrimedesk on 7:02 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.