www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | PKPP Pun PDRM Terus Buru Macau Scam


PETALING JAYA - 15 ahli sindiket judi dalam talian didalangi warga China tumpas selepas markas operasi yang menggunakan sebuah banglo dekat Petaling Jaya digempur polis siang tadi. 

Siasatan awal, sindiket ini mampu kaut keuntungan cecah 200 ribu ringgit sehari dengan hanya mensasarkan pelanggan di China. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, serbuan dilakukan pasukan khas IPD Petaling Jaya hasil aduan awam dan maklumat risikan. 

Rumah terbabit didapati dijadikan 'calling center' atau pusat panggilan yang sudah beroperasi sejak Januari lepas .

Kesemua mereka didapati masuk ke negara ini sejak Oktober tahun lepas dengan menggunakan pas lawatan sosial.

Dan setiap pekerja mendapat imbuhan sehingga 5 ribu ringgit sebulan.

Banglo mewah ini pula disewa sejak Disember tahun lepas dan kesemua mereka menginap di dalam rumah berkenaan.

Malah kesemua mereka tidak pernah keluar dari Banglo ini dan semua urusan dijalankan didalamnya termasuk makan dan minum yang telah disediakan.

Kesemua yang ditahan termasuk barang rampasan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

Siasatan masih diteruskan untuk mengesan dalang utama dan Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka.

ENDS

MKL Crimedesk | PKPP Pun PDRM Terus Buru Macau Scam MKL Crimedesk | PKPP Pun PDRM Terus Buru Macau Scam Reviewed by MKLCrimedesk on 5:15 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.