www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Terima Kasih Frontliner PKPP Bermula Rentas Negeri diBuka





GOMBAK - Selepas 84 hari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang melalui beberapa fasa dan seterusnya ke fasa Perintah Kawalan Bersyarat…

Tepat jam 12 tengah malam tadi sekatan jalan raya SJR yang dikawal barisan hadapan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malayia dibuka sepenuhnya.

Detik itu mengakhiri segala cabaran pahit manis mereka dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Tinjauan di Plaza Tol Gombak, Selangor malam tadi menyaksikan detik itu.

Suasana di tol Gombak memberi gambaran jelas bahawa kepuasan barisan hadapan menjalankan tanggungjawab itu dengan sebaiknya.

Jam 12.00 tengah malam tadi, khemah-khemah yang didirikan di berhampiran tol mula ditanggalkan manakala Unit Peronda Lebuh Raya Pantai Timur yang datang dengan kenderaan pacuan empat roda mengutip kon kon sekatan jalan raya.

Inspektor Operasi Lebuhraya Zon Timur 1, Plaza Tol Gombak dari Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik JSPT Bukit Aman, Inspektor Mohamad Razali Abdul Razak berkata, berakhir saat yang dinantikan rakyat yang selama ini terikat dengan SOP PKP dan PKPB.

Walaupun tiada lagi sekatan jalan raya oleh polis dan ATM untuk Covid-19, pihak JSPT tetap menjalankan rondaan dan pemantauan sepanjang lebuh raya bagi memastikan aliran trafik pergerakan rakyat lancar dan SOP dipatuhi seperti diarahkan kerajaan.

Kini tanggungjawab perjuangan memutuskan rantaian Covid-19 beralih sepenuhnya ke bahu rakyaT yang sudah diberikan kebebasan untuk bergerak seperti normal semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini hingga 31 Ogos 2020.

Polis menjangkakan juga pergerakan balik ke kampung beramai ramai mulai esok dan hujung minggu nanti dan menasihati agar orang ramai sentiasa amalkan SOP kesihatan awam iaitu penjarakan sosial.

Menurutnya sepanjang 84 hari bertugas berkawal PKP, pelbagai suka dan duka dilalui bersama pasukan keselamatan lain ATM, Bomba, JPAM dan Rela yang fokus menggalas tanggungjawab jabatan masing-masing.

Tambah beliau, bekerja sebagai satu pasukan mengajar mereka keakraban dan semangat kekitaan melalui segala suka duka bersama spanjang Covid-19.


ENDS


MKL Crimedesk | Terima Kasih Frontliner PKPP Bermula Rentas Negeri diBuka MKL Crimedesk | Terima Kasih Frontliner PKPP Bermula Rentas Negeri diBuka Reviewed by MKLCrimedesk on 2:08 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.