www.mklcrimedesk.com

OPERATOR KILANG MAUT, PEGAWAI NARKOTIK CEDERA DALAM KEMALANGAN



PUNCAK ALAM - Seorang maut manakala seorang pegawai polis parah dalam kemalangan di Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam malam tadi.


Kejadian berlaku kira kira jam 7 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Saujana Utama Sungai Buloh.


Bagaimanapun, setiba dilokasi yang gelap itu kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan Honda City yang dipandu pegawai polis wanita berpangkat inspektor terbabit.


Sebaik bertembung, kenderaan mangsa laju ke kawasan semak.


Dan disahkan maut oleh para medik.


Operator Kilang Maut, Pegawai Narkotik Cedera Dalam Kemalangan


Manakala pegawai polis wanita terbabit parah tersepit dibahagian pemandu.


Sepasukan bomba dan penyelamat dari Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yg tersepit.


Mangsa yang parah di pinggang, kepala dan kaki dikejarkan ke Hospital Shah Alam.


Mangsa maut dikenali sebagai Mohd Shahzalie Ibrahim berusia 30 tahun.


Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata polis masih mendapatkan keterangan beberapa orang saksi kejadian bagi mengenal pasti punca kemalangan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 kurungan 1, Akta Pengangkutan Jalan 1987.




END
OPERATOR KILANG MAUT, PEGAWAI NARKOTIK CEDERA DALAM KEMALANGAN OPERATOR KILANG MAUT, PEGAWAI NARKOTIK CEDERA DALAM KEMALANGAN Reviewed by MKLCrimedesk on 4:57 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.