www.mklcrimedesk.com

OPS GEGAR TANGKAP TOKAN DAN 70 PENAGIH DADAH DI PETALING JAYA

PETALING JAYA, SELANGOR - Baru usia 21 tahun tapi sudah bergelar Tokan najis dadah..

Lelaki berbangsa Melayu itu ditahan dirumahnya di rumah pangsa Desa Ria, Sungei Way kira kira  jam 8 pagi. Turut dirampas beberapa plastik lutsinar dipercayai dadah jenis heroin.

Sepasukan polis bersama 15 anggota dari IPD Petaling Jaya mengempur lima lokasi seawal jam 8 pagi di Taman Dato Hormat, Menteri Court, Damai Apartmen dan Ridzuan Kondo.

Hasilnya 12 lelaki pengedar dan penagih.

Hasil tempoh 24 jam Ops Tegar  dilaksanakan dengan kekuatan 138 anggota Polis dan AADK, 110 orang diperiksa. 70 orang didapati positif dadah. Turut dirampas pelbagai jenis dadah dan peralatan menghisap dadah. 

Dengan kerjasama antara dua agensi ini mampu mengekang jenayah dan menyelamatkan lebih ramai remaja dari terjebak penyalahgunaan najis dadah.

Selain rumah pangsa PPR, polis akan mengempur pusat hiburan dan taman perumahan yang disyaki menjadi sarang  penjenayah narkotik.

Operasi ini akan dijalankan secara  berterusan demi kebaikan keselamatan komuniti Petaling Jaya. 

End
OPS GEGAR TANGKAP TOKAN DAN 70 PENAGIH DADAH DI PETALING JAYA OPS GEGAR TANGKAP TOKAN DAN 70 PENAGIH DADAH DI PETALING JAYA Reviewed by Mkl Crimedesk on 5:32 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.