www.mklcrimedesk.com

Pengarah Syarikat Dituduh 3 Kes Penipuan Jual Beli Syarikat Bernilai RM2.5 Juta



PETALING JAYA - Pengarah Syarikat dihadapkan ke mahkamah sesyen Petaling Jaya atas tiga pertuduhan berhubung kes penipuan dalam urusan jual beli syarikat.

Tertuduh, How Soong Khong didakwa memperdaya Pegarah Eksekutif Syarikat Luster Industries Berhad berhubung urusan membeli syarikat SS Ventures Limited

Bagi pertuduhan pertama, How didakwa menerima wang hasil haram berjumlah lebih 1.35 juta ringgit dari tarikh 13 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016.

Tuduhan kedua pula adalah melupuskan wang hasil haram yang berjumlah 800 ribu dari tarikh 13 Jun 2016 hingga 12 Julai 2016.

Bagi tuduhan ketiga, How didakwa memindahkan wang hasil haram ke akaun sendiri berjumlah 400 ribu ringgit pada 15 Jun 2016.



Tertuduh mengaku tidak bersalah.

Hakim Mohamad Mokhzani Mohktar menerapkan 450 ribu ringgit dengan 2 penjamin.

3 Ogos ditetapkan untuk sebutan semula kes.


  • Ends
Pengarah Syarikat Dituduh 3 Kes Penipuan Jual Beli Syarikat Bernilai RM2.5 Juta Pengarah Syarikat Dituduh 3 Kes Penipuan Jual Beli Syarikat Bernilai RM2.5 Juta Reviewed by Mkl Crimedesk on 4:27 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.