PUTRAJAYA - Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique hari ini menyerahkan kit peralatan rondaan Skim Rondaan Sukarela S-R-S kepada 16 Pengarah Perpaduan Negeri dari seluruh negara.
Ia bagi memastikan kepatuhan anggota-angota S-R-S terhadap garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia K-K-M dan Majlis Keselamatan Negara M-K-N sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP.
Peronda S-R-S diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard S-O-P dengan menggunakan aplikasi MySejahtera bagi menilai kesihatan kendiri.
Setakat ini terdapat sebanyak satu ribu 79 Skim Rondaan Sukarela dengan 68 ribu 410 anggota di seluruh negara.
S-R-S di bawah Kawasan Rukun Tenggara K-R-T dibenarkan beroperasi bermula 20 Jun ini setelah mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri yang dijalankan pada 6 Jun lalu.
END
Pemerkasaan SRS Bantu Bendung Wabak Covid 19
Reviewed by MKLCrimedesk
on
5:34 AM
Rating:

No comments: