www.mklcrimedesk.com

Sengaja Biarkan Bot Hanyut di Perairan Malaysia Taktik Etnik Rohingya Seludup Negara





KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed turut mengulas berhubung pendaratan etnik Rohingya pada 8 Jun lalu di Langkawi.
 
Huzir berkata, pihaknya percaya, sindiket membiarkan bot terbabit hanyut ke perairan Malaysia kerana terputus hubungan dengan tekong darat.
 
Ini kerana, 70 individu etnik Rohingya yang juga anggota sindiket penyeludupan migran ini dan berperanan sebagai ejen kemasukan migran sudah ditahan.
 
"Kita percaya, kerana itu, sindiket menghanyutkan kapal berkenaan. Mereka gagal menghubungi tekong darat yang sepatutnya menyambut mereka di Langkawi", beliau berkata dalam sidang media di Bukit Aman pada 10 Jun.

PDRM terus menasihati orang ramai agar terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan biarpun banyak kelonggaran yang telah diberikan kerajaan.

ENDS
Sengaja Biarkan Bot Hanyut di Perairan Malaysia Taktik Etnik Rohingya Seludup Negara Sengaja Biarkan Bot Hanyut di Perairan Malaysia Taktik Etnik Rohingya Seludup Negara Reviewed by MKLCrimedesk on 7:22 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.