www.mklcrimedesk.com

WARGA EMAS DITEMUI MAUT DALAM RUMAH SELEPAS BEBERAPA HARI



RAWANG - Siapa sangka, ziarah anak kandung rupanya membawa berita sedih apabila mangsa ditemui mati selepas beberapa hari, di kediamannya.


Mayat mangsa dijumpai kira kira jam 8 malam di sebuah rumah teres dekat Bandar Tasik Puteri Rawang. 


Difahamkan, ibu dan anak saudaranya mahu menghantar bekalan makanan kepada mangsa.


Mereka memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci pendua. 




Namun terkejut selepas mendapati mangsa berusia 57 tahun itu ditemui tidak bernyawa di kerusi dekat biliknya yang terletak di tingkat atas.


Hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang kesan jenayah.


Namun mangsa dipercayai mati dalam tempoh lebih 48 jam.


Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.


Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


END
WARGA EMAS DITEMUI MAUT DALAM RUMAH SELEPAS BEBERAPA HARI WARGA EMAS DITEMUI MAUT DALAM RUMAH SELEPAS BEBERAPA HARI Reviewed by MKLCrimedesk on 3:29 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.