KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas yang juga pesakit strok nyaris rentung apabila kediamanya terbakar.
Tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat akhirnya berjaya menyelamatkan mangsa daripada terperangkap dalam kebakaran di Pangsapuri Tulin, Taman Sri Jati, Kuala Lumpur.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 6.29 pagi dan jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling dikerah ke lokasi.
Komander Operasi Mohd Suhaimi Mohd Razali berkata, pihaknya tiba dengan kekuatan enam anggota segera bertindak dan menyelamatkan mangsa berusia 70 tahun.
Siasatan awal mendapati kebakaran berlaku di sebuah bilik dalam rumah itu dan api berjaya dikawal pada 6.50 pagi.
Semakan mendapati mangsa tinggal sendirian, cedera di lutut dan trauma, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Kebakaran padam sepenuhnya pada 7.30 pagi dan punca serta kerugian masih dalam siasatan.
ENDS
Warga Emas Strok Nyaris Rentung Kediaman Terbakar
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
4:19 PM
Rating:

No comments: