www.mklcrimedesk.com

2 SINDIKET EDAR DADAH KOKAIN DAN PIL ERAMIN 5 TUMPAS


KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur berjaya menumpaskan dua kegiatan pengedaran dadah dengan penangkapan 4 lelaki dan seorang wanita di Cheras, dan Jalan Klang Lama pada 9 dan 10 Julai lepas.

Dalam kes pertama 3 individu termasuk seorang wanita ditahan di Cheras dalam dua serbuan berasingan.

Hasil tangkapan, polis merampas pil erimin five yang bernilai lebih 328 ribu ringgit.

Turut disita wang tunai dan kenderaan milik suspek.

Bagi kes kedua pula, polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah jenis kokain yang didalangi dua lelaki di Jalan Klang Lama.

Dadah yang dirampas itu bernilai lebih 600 ribu ringgit. 

Polis percaya kegiatan mereka aktif selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Tamat sejak 2 bulan lalu. 

Dan dadah terbabit di bekalkan untuk pasaran Taiwan. 


Polis juga menyita wang tunai dan kenderaan milik suspek yang berjumlah lebih 200 ribu ringgit.

Polis percaya dua kumpulan pengedaran dadah jenis pil erimin five dan kokain di sekitar Lembah Klang.

ENDS
2 SINDIKET EDAR DADAH KOKAIN DAN PIL ERAMIN 5 TUMPAS 2 SINDIKET EDAR DADAH KOKAIN DAN PIL ERAMIN 5 TUMPAS Reviewed by Mkl Crimedesk on 8:33 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.