www.mklcrimedesk.com

23 Pemandu Mabuk Dikesan Dalam Ops Mabuk dan Ops Samseng Jalanan





AMPANG - Kira kira 23 individu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol ditangkap dalam Op Mabuk dan Samseng Jalanan yang dilancarkan sejak 2 hari lepas di seluruh Selangor.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Selangor itu tertumpu di 16 daerah sekitar Selangor, termasuk melakukan Sekatan Jalan Raya di kawasan tumpuan samseng jalanan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Selangor Superintendan Azman Shariat berkata, hasil operasi yang berakhir jam 3 pagi tadi itu mengeluarkan sebanyak 3463 saman atas pelbagai kesalahan.


Jelasnya, kekerapan operasi sedemikian telah menunjukkan kesan positif apabila kegiatan samseng jalanan dilihat berkurangan.


Kira-kira 2600 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik pada malam Sabtu.



Daripada jumlah itu, 9 tangkapan dilakukan termasuk 8 daripadanya adalah kesalahan memandu dalam pengaruh alkohol dan 1 tangkapan bersabit kes samseng jalanan.


Manakala malam tadi lebih 863 saman dikeluarkan dengan 5 buah motosikal disita.


Antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.


Jelasnya, pihaknya memberi jaminan akan terus memburu samseng jalanan dan individu yang memandu dibawah pengaruh alkohol bagi memastikan kegiatan itu bebas di Selangor. 

Beliau ditemui di salah satu Sekatan Jalan Raya di Ampang.


End
23 Pemandu Mabuk Dikesan Dalam Ops Mabuk dan Ops Samseng Jalanan 23 Pemandu Mabuk Dikesan Dalam Ops Mabuk dan Ops Samseng Jalanan Reviewed by MKLCrimedesk on 12:28 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.