www.mklcrimedesk.com

3 Penganggur Tokan Air Ketum Campur Ubat Batuk Kantoi

PETALING JAYA - Polis Petaling Jaya berjaya menumpaskan 2 sindiket pengedaran dadah air ketum campur ubat batuk semalam. 

Dua sindiket ini adalah dalang yang aktif mengedar di kawasan Taman Medan, Sea Park dan Damansara. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kedua dua kegiatan kumpulan itu diberkas hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya. 

Serbuan pertama polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun yang juga  penganggur di sebuah rumah teres dua tingkat di PJS 2D/15D Petaling Jaya. 

Soal siasat membawa penemuan sebuah Nissan Vannet silver di tepi jalan PJS 3/11 Taman Medan dan merampas, 235 botol plastik cecair disyaki air ketup isipadu 352 500 ml bernilai 4700 ringgit. 


Suspek didapati ada rekod lampu jenayah sama iaitu pada April tahun 2019 dengan tahanan lebih 100 botol air ketum.

Hari sama, Polis menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat dekat Seksyen 17 Petaling Jaya. 

2 lekaki warga tempatan 24 dan 26 tahun juga penganggur ditangkap bersama bahan membuat air ketum campur ubat batuk dan peralatan masak air ketum. 

Pemeriksaan mendapati dapur rumah terbabit ada 2 buah periuk besar yang di dalamnya mengandungi rebusan daun ketum. 

Polis menemui beberapa plastik berisi daun ketum, puluhan botol plastik dan peralatan membuat air ketum dicampur ubat batuk. 

Suspek direman 4 hari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 30(5) Akta Racun 1952.

Rampasan bagi kedua sindiket ini boleh membekalkan kepada lebih 300 ribu kaki ketum. 

End
3 Penganggur Tokan Air Ketum Campur Ubat Batuk Kantoi 3 Penganggur Tokan Air Ketum Campur Ubat Batuk Kantoi Reviewed by Mkl Crimedesk on 12:35 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.