PETALING JAYA - 6 lelaki termasuk seorang bergelar Datuk yang ditahan reman kerana disyaki bersubahat dan menculik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri, 10 Jun lalu.... Akhirnya didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pagi tadi.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.
Mengikut pertuduhan lima tertuduh iaitu Azhari Shahrom Shaihmi, 56; Mohd Durai Abdullah, 52; Sheikh Ismail Sheikh Hassan, 26; N Vickneswarar, 28, dan seorang warga Bangladesh, Kasi Nasrul, 42, didakwa menculik ahli perniagaan yang juga pemaju hartanah, Datuk Seri R Arumugam, 55, dengan niat untuk menahan mangsa bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah50 juta dolar Singapura atau kira kira 154 juta ringgit.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Kejiranan Central Spine, Jalan Margosa, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10.30 pagi, 10 Jun lalu.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati, juga boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Seorang lagi tertuduh yang juga seorang ahli politik Datuk K Ramachandran, 52, didakwa bersubahat bersama lima tertuduh itu dengan niat untuk menahan mangsa yang sama bagi mendapatkan wang tebusan dengan nilai serupa, di tempat dan masa sama.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 3 Akta Colek yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati, boleh dikenakan hukuman sebat.
Ends
6 LELAKI DAKWA CULIK DAN BUNUH AHLI PERNIAGAAN
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
6:24 PM
Rating:

No comments: