SERDANG - Sanggup heret 2 kanak kanak dalam urusniaga sindiket pengedaran dadah....
Itu yang dilakukan satu keluarga yang juga mendalangi sindiket dadah akhirnya tumpas dengan penahanan 5 individu pada 27 Jun lepas di dua serbuan berasingan.
Serbuan itu berjaya merampas 148 ketulan mampat ganja bernilai hampir 300 ribu ringgit.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata 2 kanak kanak terbabit adalah anak kepada salah seorang suspek.
Mereka didapati turut berada di lokasi ketika serbuan dijalankan.
Serbuan pertama pada jam 12.10 pagi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor menahan 5 individu di Bandar Puchong Jaya.
Polis merampas 50 ketulan mampat ganja seberat 49.425 kilogram bernilai 88 ribu 965 ringgit.
Soal siasat membawa kepada serbuan kedua dengan merampas 98 ketulan mampat ganja seberat 97 kilogram bernilai 174 816 ringgit, di Bandar 16 Sierra Puchong.
Polis percaya kegiatan mereka aktif sejak awal tahun ini namun terhenti kerana Pergerakan mereka terbatas akibat Perintah Kawalan Pergerakan PKP.
Polis turut menyita 2 buah kenderaan dan wang simpanan sejumlah 247 ribu 494 ringgit disita.
Semakan mendapati, 4 daripada suspek memiliki rekod jenayah dadah.
5 individu berusia 29 hingga 49 tahun masih direman 5 hari hingga 5 Julai ini bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1957.
ENDS
BAWA ANAK EDAR DADAH
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
7:19 AM
Rating:

No comments: