KUALA LUMPUR - Dua sindiket pengedaran dadah terbesar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP tumpas hasil serbuan dilakukan polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Narkotik Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata hasil 13 serbuan dilakukan dalam tempoh dua hari pada 22 hingga 24 Julai lepas..
23 individu termasuk ketua sindiket pengedaran dadah itu ditahan.
Hasil serbuan itu juga polis merampas pelbagai dadah seberat 296.8 kilogram yang dianggarkan bernilai 25.6 juta ringgit.
Polis turut menyita 15 buah kereta bernilai lebih 1 juta ringgit dan wang tunai 1.28 juta ringgit.
Pelbagai barangan kemas dan jam tangan turut dirampas.
Sindiket ini didadapati bergerak aktif menyeludup dadah ke Indonesia dan Sabah sejak 5 bulan lepas.
Kesemua tangkapan kini direman dibawah seksyen 117 kanun keseksaan prosedur jenayah bagi siasatan lanjut dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Polis kini sedang mengesan saki baki anggota kumpulan itu untuk dibawa ke muka pengadilan.
ENDS
Dua Sindiket Edar Dadah Semasa PKP Tumpas
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
12:19 AM
Rating:

No comments: