GOMBAK - Sembilan lelaki dipercayai anggota kumpulan ‘Geng Ah Yong’ yang melakukan sekurang kurangnya 19 kes samun, curi kenderaan dan pecah rumah tumpas dalam beberapa serbuan sejak Khamis hingga Ahad lepas.
Kesemua tangkapan dibuat di sekitar Desa Jaya, Selayang, Pandan Indah, Klang dan Mantin, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata kesemua suspek berusia 32 hingga 66 tahun itu dikatakan aktif dalam kegiatan tersebut di Lembah Klang sejak awal tahun ini.
Kumpulan ini dipercayai melakukan kegiatan berkenaan dengan memecah masuk rumah mempunyai kenderaan mewah yang dijadikan sebagai sasaran utama..
Malah mereka menggunakan peranti jammer untuk menyahaktifkan sistem penjejak global (GPS) serta sistem penggera yang dipasang dalam kenderaan terlibat, dan hanya mengambil masa tiga hingga lima minit untuk membawa lari kenderaan yang dicuri.
Kesemua kenderaan yang dicuri telah diubah nombor pendaftarannya dengan penemuan beberapa keping nombor pendaftaran kereta selain cukai jalan palsu bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa.
Selain kenderaan mewah seperti Toyota Vellfire, sindiket tersebut turut menyasarkan kereta yang mendapat permintaan tinggi di pasaran seperti Honda Civic dan menggunakan aplikasi WeChat sebagai medium untuk berhubung dengan pelanggan yang berminat untuk membeli kenderaan itu.
Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan serta Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
End
GENG AH YONG AKTIF 19 KES CURI KENDERAAN TUMPAS
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
11:48 PM
Rating:

No comments: