www.mklcrimedesk.com

Geng Satay Aktif Edar Dadah Curi Motosikal Tumpas

SUNGAI BULOH - Polis menumpaskan kegiatan kumpulan curi motosikal dan mengedar dadah dengan penangkapan 6 anggota kumpulan Satay baru  baru ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata suspek ditangkap dalam beberapa siri serbun Ops Lejang di sekitar daerah itu pada 18 hingga 26 Jun lepas.

Hasil daripada serbuan dan tangkapan polis merampas 12 paket mengandungi syabu seberat 12.45 gram.

28 paket mengandungi heroin seberat 44.25 gram.


Turut dirampas rangka dan komponen motosikal serta sebuah kereta jenis Wira yang dilaporkan hilang.

Hasil soal siasat juga polis menemui banyk lagi rangka motosikal yang dibuang ke ke tasik di belakang sebuah rumah di Kampung Sri Kundang, tasik biru.

Kes disiasat dibawah seksyen 379 kanun keseksaan dan 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ends
Geng Satay Aktif Edar Dadah Curi Motosikal Tumpas Geng Satay Aktif Edar Dadah Curi Motosikal Tumpas Reviewed by Mkl Crimedesk on 7:22 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.