Kalau sangap dadah, lautan api pun sanggup direnangi.
Mana tidaknya, baru sebulan kena hukuman sebatan kerana salah guna dadah, sekarang penyangak ini leburkan wang bantuan prihatin nasional 'BPN' untuk membeli dadah syabu atau 'ICE'...
Itu antara pengakuan dua bekas banduan dalam tangkapan Ops Sarang malam tadi di sebuah hotel bajet sekitar daerah Petaling Jaya.
Ada juga tangkapan membabitkan dua beradik berusia 30 an.
Hasil soal siasat mendapati si abang mengajar adiknya yang lurus bendul jadi penagih.
Kedua mereka ditahan dirumah pangsa tempat tinggal keluarganya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanne Mohd Faisal berkata Ops Sarang ini mensasarkan kawasan kawasan yang dikenalpasti mempunyai aktivititi kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.
Antaranya rumah pangsa Baiduri, Desa Menteri, Taman Seri Subang Sungai Way.
Operasi yang bermula jam 7 malam hingga jam 4 pagi tadi menahan 21 orang berusia 30 hingga 40 tahun.
Operasi yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya ASP Shukri Ahmad itu turut mendedahkan kegiatan Tokan yang menjadi kan hotel bajet sebagai port khayal.
Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk urusan saringan dan dokumentasi.
Ops Sarang ini akan dijalankan secara berterus an bagi mengekang penularan aktiviti tidak bermoral.
#MKLCRIMEDESK
#PDRM
#DADAH
Ops Sarang Kesan PENAGIH DADAH Tegar
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
5:59 PM
Rating:

No comments: