www.mklcrimedesk.com

Samun RM2.5 juta, Van Syarikat Keselamatan Di Bakar



GOMBAK - Lima perompak bertopengkan pelitup muka yang menyamun van milik sebuah syarikat keselamatan di Rawang kelmarin, dikesan turut melarikan selaras senapang pump gun dan wang tunai berjumlah 2.5 juta ringgit.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lokasi kejadian rompakan berlaku di hadapan pintu masuk di sebuah pusat beli-belah di Rawang jam 10.50 pagi semalam.


Rompakan berlaku ketika van itu berhenti di bahu jalan untuk memindahkan wang ke sebuah bank yang berada di dalam pusat beli-belah berkenaan.

Suspek mengekori van syarikat keselamatan itu dengan menaiki van model Nissan Vanette warna perak.

Penjenayah terus menyerang pekerja syarikat keselamatan sebaik pintu van itu dibuka. 

Suspek didakwa menggunakan pelitup muka dan salah seorang daripada mereka memakai topi.

Van yang dilarikan itu ditemui di dalam keadaan terbakar di Jalan Velox, Rawang, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian bersama tiga kakitangan syarikat keselamatan yang ditemui selamat.

Setakat ini, tiga pekerja syarikat keselamatan itu berusia 28 hingga 64 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan direman bermula semalam sehingga 4 Ogos lalu.


Ends
Samun RM2.5 juta, Van Syarikat Keselamatan Di Bakar Samun RM2.5 juta, Van Syarikat Keselamatan Di Bakar Reviewed by Mkl Crimedesk on 11:53 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.