www.mklcrimedesk.com

Amah Dera Kanak Kanak 1 Tahun Curah Air Panas Kena Dakwa


KLANG - Mahkamah Sesyen Klang semalam menetapkan 11 Ogos depan sebagai tarikh sebutan baharu kes pembantu rumah yang didakwa mendera anak majikannya, Rabu lalu.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain menetapkan demikian selepas tertuduh, Eli Limayati,20, memohon agar menggunakan khidmat jurubahasa Indonesia dalam dialek Jawa Barat di mahkamah.

Timbalan Pendakwaan Raya Nor Suhaili Abu Bakar dalam prosiding tersebut memohon penangguhan susulan tertuduh tidak memahami Bahasa Melayu.


Nor Suhaili turut tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Eli yang merupakan warga Indonesia sementara menunggu tarikh sebutan semula tersebut.

Mahkamah membenarkan permohonan tersebut.

Difahamkan, tertuduh telah tinggal di negara ini sejak lebih setahun lalu.

Selain itu, tertuduh akan ditempatkan di penjara Sungai Buloh buat ketika ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang bayi perempuan berusia setahun melecur pada badan dipercayai didera pembantu rumah dalam kejadian di bilik air sebuah kilang papan di Taman Klang Perdana, Kapar.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa melecur pada belakang badan,punggung dan kedua-dua kakinya selepas terkena air panas selepas dimandikan oleh Eli.

Ends
Amah Dera Kanak Kanak 1 Tahun Curah Air Panas Kena Dakwa Amah Dera Kanak Kanak 1 Tahun Curah Air Panas Kena Dakwa Reviewed by Mkl Crimedesk on 5:24 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.