www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Pengurus Bank Cedera Terkena Tembakan Tidak Sengaja







RAWANG - Gara gara kecuaian, seorang pegawai bank cedera parah selepas terkena tembakan yang tidak sengaja dilepaskan oleh pengawal keselamatan di bank berkenaan.



Kejadian berlaku di dalam bilik pengurus sebuah bank di Jalan Bandar Baru Rawang 2, Rawang Selangor kira kira jam 1.20 tengah hari tadi.



Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata hasil siasatan mendapati pengawal keselamatan berusia 26 tahun itu telah terlepas tembakan sebaik keluar dari tandas.



Tembakan berkenaan menyebabkan mangsa 57 tahun  yang sedang bekerja semasa kejadian mengalami kecederaan di lengan kanan dan telah dirawat di Hospital Selayang kini berada dalam keadaan stabil.



Tangkapan dan rampasan senjata api telah dibuat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960.



Siasatan lanjut juga didapati pengawal keselamatan itu memiliki lesen Carry & Use senjatapi.



Ends


MKL Crimedesk | Pengurus Bank Cedera Terkena Tembakan Tidak Sengaja MKL Crimedesk | Pengurus Bank Cedera Terkena Tembakan Tidak Sengaja Reviewed by MKLCrimedesk on 12:51 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.