www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Polis PJ Buru Pemilik Premis Bagi Sewa Sindiket Perjudian





PETALING JAYA - Polis daerah petaling bertegas akan mengenakan tindakan undang undang ke atas pemilik premis atau agen hartanah yang memberi sewa kepada sindiket perjudian.





Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata sekiranya terdapat aktivti perjudian yang beroperasi secara haram, pemilik atau agen hartanah itu secara tidak langsung bersekongkol dalam kegiatan tidak bermoral itu.



Setakat ini, pihaknya sudah menghantar permohonan untuk memotong bekalan elektrik kepada 97 premis.



Hari ini, satu operasi pemotongan bekalan elektrik atas premis dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian di daerah itu pagi tadi.



Operasi itu digerakkan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya MPPJ dan tenaga nasional berhad tnb.



"67 PREMIS TELAH KITA HANTAR UTK DI POTONG BEKALAN ELEKTRIK PADA BULAN 2 HARI TU DAN 2 MINGGU SUDAH KITA HANTAR LAGI 30 PENAMBAHAN SO TOTAL 97 DAN HARI INI KITA AKAN MULAKAN DENGAN BANTUAN PIHAK MPPJ DAN JUGA PIHAK TNB SECARA BERSEPADU, KITA TENGOK HARI NI KITA DAPAT BERAPA DAN KITA AKAN BERTERUSAN BENDA INI KITA AKAN BERTERUSAN TANPA HENTI ADA JE PREMIS2 YG KITA KENAL PASTI DAN KITA MENJALANKAN OPERASI POSITIF ADA AKTIVITI JUDI KITA BUAT", kata beliau ketika ditemui dalam operasi berkenaan.



Polis kata beliau amat serius dalam membanteras kegiatan perjudian dalam talian di sekitar petaling jaya.



Dalam operasi ini beberapa premis yang dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian diserbu dan terus dipotong bekalan elektrik.



ENDS
MKL Crimedesk | Polis PJ Buru Pemilik Premis Bagi Sewa Sindiket Perjudian MKL Crimedesk | Polis PJ Buru Pemilik Premis Bagi Sewa Sindiket Perjudian Reviewed by MKLCrimedesk on 2:27 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.