www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Wanita Maut Tersepit Dirempuh Velfire





KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut, suaminya parah dan seorang anak lelaki berusia 17 tahun cedera apabila kereta Axia yang dinaiki mereka di rempuh pemandu Velfire awal pagi tadi.



Insiden itu berlaku kira kira jam 1.26 pagi tadi di Bulatan Kepong ibu negara.



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa sekeluarga dipercayai memasuki laluan bulatan dari pusat bandar.



Bagaimanapun datang sebuah kenderaan MPV dinaiki 4 lelaki tiba tiba hilang kawalan dan melanggar sisi kiri kenderaanya.



Impak perlanggaran tersebut mengakibatkan kedua dua kenderaan terbabas dan memasuki kawasan tengah bulatan Kepong.



Velfire terbabit terjunam ke dalam sungai namun ke empat-empat pemuda yang cedera selamat.



Manakala kenderaan mangsa terbalik dan remuk teruk.



Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian.



Mangsa maut dikenali sebagai Haslina Ibrahim berusia 49 tahun.



3 buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Gombak dan Jinjang turut ke lokasi bagi membantu mengeluarkan mangsa.



Kesemua mereka dirawat di Hospital Kuala Lumpur.



Siasatan awal mendapati tiada bau alkohol dikesan pada pemandu Velfire berkenaan.



Bagaimanapun sampel darah dan urin diambil untuk dianalisa oleh Jabatan Kimia. 



Polis sedang meneliti rakaman CCTV sekitar lokasi kejadian.



Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil memberi maklumat di balai polis trafik Kuala Lumpur.



Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Ends
MKL Crimedesk | Wanita Maut Tersepit Dirempuh Velfire MKL Crimedesk | Wanita Maut Tersepit Dirempuh Velfire Reviewed by MKLCrimedesk on 6:18 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.