www.mklcrimedesk.com

Port Pelacur Tua Jual Badan Untuk Warga Asing Digempur


KUALA LUMPUR - 2 pusat pelacuran yang memperdagangkan wanita warga asing yang sudah tua digempur polis.

Kegiatan sumbang itu berlaku di premis lot kedai dekat kawasan Petaling Street ibu negara. 

Ia dibongkar Unit Pencegahan Maksiat Bahagian D 7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman jam 5 petang semalam.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman SAC Mohd Zani Che Din berkata ketika serbuan dilakukan kebanyakkan mereka sedang menunggu pelanggan.

Tangkapan membabitkan 6 lelaki tempatan sebagai bapa ayam berusia 53 hingga 61 tahun. 

Manakala wanita warga asing yang juga pelacur didapati dari negara India, Bangladesh, Sri Lanka, Indonesia dan China berusia 22 hingga 40 tahun. 

Semakan mendapati premis yang diserbu tiada mempunyai sebarang lesen perniagaan yang sah.


Premis ini didapati menjalankan aktiviti pelacuran dan persundalan di sekitar Petaling Street, Kuala Lumpur sejak 3 tahun lalu. 

Mereka mensasarkan pelanggan lelaki berbangsa asing serta warga tempatan yang mencari khidmat seks pelacur murahan.

Bayaran khidmat seks sekitar RM50 hingga RM70 sekali layanan. 

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Ends
Port Pelacur Tua Jual Badan Untuk Warga Asing Digempur Port Pelacur Tua Jual Badan Untuk Warga Asing Digempur Reviewed by Mkl Crimedesk on 5:20 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.