www.mklcrimedesk.com

183 Individu Sangap Nak Berhibur Langgar PKPP Kena Tahan


KUALA LUMPUR - 183 pengunjung sebuah pusat hiburan di ibunegara  ditahan kerana  melanggar pkpp. 

serbuan kali ini di sebuah kelab eksklusif di  jalan bukit bintang ibu negara.

dengan kekuatan 8 pegawai dan 26 anggota dari  pasukan  jabatan siasatan 

 jsj ibu pejabat polis kontijen kuala lumpur yang diketuai timbalan ketua jsj acp rohan shah ahmad mengempur kira kira jam 1250 pagi. 

ketika serbuan  lebih 100 pengunjung sedang leka berhibur tanpa 
menyedari kehadiran pihak berkuasa.

ada antara mereka cuba melarikan diri dengan merempuh pihak polis.

berlaku sedikit kekecohan di pintu premis terbabit.

bagaimanapun hasil kecekapan pihak polis berjaya meredakan keadaan

hasilnya 183 lelaki dan wanita tempatan dan warga asing serta pekerja premis terbabit di tahan. 

pemantauan polis selama 3 hari mendapati premis tebabit beroperasi sejak jam 5 petang sehingga jam 3 pagi. 

premis terbabit jelas ingkar arahan pkpp yang membenarkan premis hanya boleh beroperasi sehingga jam 12 tengah malam. 

premis terbabit di dapati melakukan kesalahan dengan membenarkan pelanggan memasuki premis melebihi jumlah yang di tetapkan dan gagal mematuhi penjarakan fizikal. 

menurut timbalan ketua bahagian siasatan jenayah kuala lumpur acp rohan shah ahmad premis terbabit di dapati beroperasi dengan menggunakan lesen restoran dan namun premis di dapati menjadikan premis sebagai pusat hiburan. 

kesemua mereka yang di tahan berusia antara 20 hingga 40 tahun di bawa ke ibu pejabat polis daerah dang wangi untuk tindakan lanjut dan di kompaun seribu ringgit kerana melanggar pkpp di bawa akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988.



#MKLCRIMEDESK
#PDRM
#LANGGARARAHANPKP
183 Individu Sangap Nak Berhibur Langgar PKPP Kena Tahan 183 Individu Sangap Nak Berhibur Langgar PKPP Kena Tahan Reviewed by Mkl Crimedesk on 3:07 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.