www.mklcrimedesk.com

2 Sindiket Edar Dadah Tumpas Makmal Mini Dadah Dibongkar




KUALA LUMPUR - Lima individu termasuk dua wanita tempatan berusia 35 hingga 49 tahun yang mendalangi sindiket mengedar dan memproses dadah ditangkap dalam beberapa serbuan sekitar ibu kota ini dan Selangor. 

Sindiket itu membongkar satu makmal menghasilkan dadah di sebuah rumah sewa dekat Damansara. 

Polis melakukan 6 serbuan bermula jam 3.30 pagi pada 8 dan 9 September lalu....

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Deputi Komisioner Zainudin Ahmad berkata, hasil serbuan itu, pihaknya merampas 43.56 kilogram dadah jenis ketamin; syabu (154.22 gram); pil erimin 5 (34.8 gram); pil ekstasi (1.5 gram); mushroom (11.64 gram) dan ganja (8.68 gram) dianggarkan bernilai RM2.25 juta selain peralatan memproses dadah.

Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM63,350, empat kenderaan mewah, barang kemas serta jam berjenama dianggarkan berjumlah RM334,750. 

Semakan mendapati dua daripada tiga suspek lelaki yang ditahan memiliki rekod membabitkan kes jenayah serta dadah dan hasil ujian saringan urin dilakukan mendapati tiga suspek positif dadah. 

Polis percaya dadah yang diproses adalah untuk pasaran tempatan terutama bagi anjuran parti liar dengan penghantaran dilakukan menerusi aplikasi media sosial termasuk WhatsApp. 

SOT

NAME :

Siasatan awal juga percaya sindiket beroperasi kira-kira sejak dua hingga tiga bulan lalu. 

Malah, sindiket ini juga melakukan penghantaran dadah kepada pelanggan secara kecil-kecilan secara berterusan sepanjang tempoh berkenaan. 

Dalam pada itu, satu lagi sindiket pengedaran dadah berjaya di tumpaskan dalam sembilan serbuan di ibu kota ini dan Selangor pada 9 September lalu.

Dalam serbuan itu, kami menahan 12 ahli sindiket termasuk dua wanita warga Vietnam berusia antara 28 hingga 41 tahun selain merampas wang tunai RM393,905, sejumlah wang tunai mata wang asing, 14 kenderaan mewah, pelbagai barang kemas serta lima jam tangan. 
 
Turut ditemui 32.72 kilogram dadah methylenedioxy- methamphetamine (MDMA); syabu (1.4 kilogram); pil ekstasi (11.43 kilogram); pil erimin 5 (2.9 kilogram) dan ketamin (3.31 kilogram) dianggarkan berjumlah RM2.91 juta. 

Keseluruhan rampasan dan sitaan dadah bagi kedua-dua operasi itu dianggarkan berjumlah RM4.1 juta dengan semua dadah berkenaan boleh dibekalkan kepada lebih 458,490 penagih. 

Kesemua suspek yang ditahan dalam kedua-dua operasi berkenaan direman selama tujuh hari sehingga 17 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

ENDS
2 Sindiket Edar Dadah Tumpas Makmal Mini Dadah Dibongkar 2 Sindiket Edar Dadah Tumpas Makmal Mini Dadah Dibongkar Reviewed by Mkl Crimedesk on 4:23 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.