SELAYANG - Empat lembaga pengarah dan seorang pengurus kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan melepas dan melupuskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya ke Sungai Gong, Rawang.
Empat ahli lembaga pengarah yang juga adik-beradik itu ialah Yip Kok Wai, 53; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 70 dan Yip Kok Wong, 60.
Seorang lagi ialah pengurus bengkel Ho Voon Leong, 59.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan te di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.
Bagi pertuduhan pertama, kesemua mereka didakwa melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya daripada bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke dalam alur air yang akan mengalir ke dalam Sungai Gong dengan mengetahui bahawa ia akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di di Kampung Sungai Dua, Rawang antara 2 dan 3 September lalu mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan kedua, mereka dengan niat bersama dituduh telah melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya dari bengkel sama ke dalam alur air yang akan mengalir ke sungai sama tanpa lesen, di tempat dan masa sama.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda 100 ribu ringgit atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Syafeera Mohd Said tidak membenarkan kelima-lima lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu sebutan kes pada 27 Oktober depan.
Ends
5 Termasuk 4 Lembaga Pengarah Sebuah Kilang Punca Cemar Sungai Gong Dituduh
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
2:34 AM
Rating:

No comments: