www.mklcrimedesk.com

Gempar Stor HKL Terbakar


KUALA LUMPUR - Kakitangan dan pesakit Hospital Kuala Lumpur (HKL) panik apabila kebakaran berlaku di stor penyimpanan fail di tingkat empat blok utama hospitalhhhhhhhhh

Pasukan Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam11.07 malam.


Sebuah jentera dari balai bomba dan penyelamat Titiwangsa bersama 1 buah jentera LFRT dengan kekuatan 8 orang anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi Kanan, PBK II HAMZAH BIN MOHD ISA, sebaik tiba didapati kebakaran masih berlaku.

Namun kesemua pesakit dan kakitangan sudah di arahkan keluar.

Api berjaya dipadamkan 25 minit kemudian.

Kebakaran itu menyebabkan stor berkeluasan 8 x 12 kaki persegi musnah
10%. 

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.



#MKLCRIMEDESK
#BOMBA
#HKLTERBAKAR
Gempar Stor HKL Terbakar Gempar Stor HKL Terbakar Reviewed by Mkl Crimedesk on 3:48 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.