www.mklcrimedesk.com

JPJ SELANGOR RAIH KUTIPAN SAMAN RM1.6 JUTA


SELANGOR - Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Selangor menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai apabila meraih RM1.6 juta kutipan saman menerusi tawaran pengurangan saman sehingga 70 peratus yang bermula sejak 1 hingga 30 Ogos lalu.

Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Selangor, Mohamad Hafiz Usman  sepanjang tempoh itu, seramai 6,356 individu hadir di pejabat agensi terbabit di seluruh negeri ini bagi menikmati pengurangan bayaran saman terbabit.

Antara bayaran saman tertinggi yang di terima adalah daripada sebuah syarikat pengangkutan sisa pepejal membabitkan jumlah saman lampau kira-kira setengah juta ringgit. 

Dalam tempoh itu juga, seb7anyak 21,476 notis saman dan saman semula dikeluarkan, katanya pada sidang media ketika mengetuai Operasi Fancy Op Fancy di Plaza Tol Batu 9, malam tadi.

Sambutan menggalakkan diterima daripada orang ramai itu menjadikan JPJ Selangor antara cawangan negeri yang menerima kutipan tertinggi di seluruh negara.

Memandangkan tawaran itu dilanjutkan sehingga 30 September ini, pihaknya menjangkakan sambutan itu akan terus hangat hingga hujung bulan nanti.

Orang ramai yang mempunyai saman jpj di nasihatkan supaya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan tunggakan saman mereka dengan segera bagi mengelakkan kesesakan di kaunter apabila melakukan urusan terbabit pada saat akhir.


#MKLCRIMEDESK
#JPJ
#OPSFENCY
#SAMANJPJ
JPJ SELANGOR RAIH KUTIPAN SAMAN RM1.6 JUTA JPJ SELANGOR RAIH KUTIPAN SAMAN RM1.6 JUTA Reviewed by Mkl Crimedesk on 7:06 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.