www.mklcrimedesk.com

Kerana Kipas Nyawa Tergadai

SERDANG - Kerana perebutan sebuah kipas boleh mencetus pembunuhan. 

Ini yang berlaku terhadap  pengumpul barang lusuh warga asing yang maut selepas ditikam bertubi tubi oleh rakan serumah di tingkat 3, rumah kedai di  Bandar Putera Permai, Seri Kembangan malam tadi.

Kejadian berlaku kira kira jam 10 malam ketika mangsa bersama isteri dan 2 anaknya berada di bilik sewaan masing masing.

Pertelingkahan kecil itu bagaimanapun menjadi tegang dan berlaku serang menyerang.

Mangsa cuba melarikan diri dari tingkat tiga, bagaimanapun rebah di aras bawah sebaik ditikam dari belakang.


Dan disahkan maut ditempat kejadian.

Dua saspek bertempiaran  melarikan diri.

Polis temui senjata pisau yang digunakan  kira kira 50 meter dari tempat kejadian.


Isteri dan seorang ahli keluarga mangsa dibawa ke IPD Serdang untuk diambil keterangan.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan.


Ends
Kerana Kipas Nyawa Tergadai Kerana Kipas Nyawa Tergadai Reviewed by Mkl Crimedesk on 5:56 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.