www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | 2 Pekerja Kilang Cemar Sungai Gong DiReman





SELAYANG - Perintah reman bermula hari ini hingga 12 September depan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Selayang, Nik Mohd Fadzli Nik Azlan.



Terdahulu kedua dua pekerja kilang berkenaan yang berusia 20 dan 57 tahun di bawa ke Kompleks Mahkamah Selayang kira-kira pukul 10 pagi tadi.



Semalam Empat beradik yang juga pemilik kilang berkenaan direman enam hari bagi membantu siasatan.



Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat



Pada khamis lepas sebanyak 1,292 tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang mengalami gangguan air selepas empat Loji Rawatan Air LRA dihenti tugas ekoran pencemaran sumber air mentah di kesan di Sungai Selangor.



Siasatan mendapati pencemaran berpunca dari kilang penyelenggaraan jentera berat itu.



Ends
MKL Crimedesk | 2 Pekerja Kilang Cemar Sungai Gong DiReman MKL Crimedesk | 2 Pekerja Kilang Cemar Sungai Gong DiReman Reviewed by MKLCrimedesk on 2:18 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.