SELAYANG - Empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang, direman selama enam hari bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohamed Redza, ke atas semua suspek berusia 50 hingga 60 tahun.
Kesemua suspek dibawa ke kompleks mahkamah selayang pada jam 9.45 pagi tadi selepas ditahan sekitar jam 11 malam hingga 12.30 tengah malam tadi.
Siasatan kes dijalankan mengikut seksyen 430 kanun keseksaan dan kesemua suspek dibawa ke ibu pejabat polis daerah (ipd) gombak untuk siasatan selanjutnya.
Semalam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shaari dilaporkan berkata sebuah kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau sehingga menyebabkan empat loji rawatan air (lra) di sungai Selangor dihenti tugas sejak Khamis lalu, sudah disita dan dikompaun serta-merta selain akan dikenakan tindakan lebih tegas.
Kilang berkenaan disyaki melepaskan bahan pelarut ke dalam sungai gong yang mengalir ke sungai sembah iaitu antara sungai utama bagi sungai Selangor.
Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar lembah klang membabitkan hampir 1.2 juta akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Khamis selepas empat LRA dihenti tugas susulan insiden pencemaran bau berkenaan.
ENDS
MKL Crimedesk | 4 Beradik Pemilik Kilang Pencemaran Bau Direman
Reviewed by MKLCrimedesk
on
9:57 PM
Rating:

No comments: