www.mklcrimedesk.com

SPRM DAKWA BEKAS MEJAR ANGKATAN TENTERA DARAT

SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM190,000 bagi tawaran projek bernilai RM2.5 juta.

Tertuduh, Mohd Suhaizal Mat Sulaiman, berpangkat Mejar ketika berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2016 berikutan mangsa membuat laporan.

Beliau yang tiba di Mahkamah Sesyen 1 kira-kira jam 9.30 pagi, kemudian dikenakan ikat jamin RM5,000 oleh Hakim Rozilah Salleh dengan seorang penjamin dan kesnya dipindah ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru untuk perbicaraan bersama dua lagi kes yang sama.


Pada 26 Februari lalu, tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,000 pada 2016, juga dari mangsa yang sama, Pengarah Syarikat Teknik Murni Enterprise, Mohd Rafie Abdul Rahman.

Mengikut kertas pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd Suhaizal didakwa dengan curang telah menipu Mohd Rafie dengan memperdayakannya untuk mempercayainya berhubung kerja senggaraan sivil mekanikal dan elektrikal fasilitas infra latihan, Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Pulada dan infa mekanikal Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dengan nilai kontrak RM2,509,000.


Dengan itu, beliau telah mendorong Mohd Rafie menyerahkan wang tunai sebanyak RM190,000 kepadanya, yang mana mangsa tidak berbuat demikian.

Beliau kemudian ditangkap dan didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun, dan sebatan dan denda.

Di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 26 Februari lalu, Mohd Suhaizal menghadapi dua pertuduhan, iaitu masing-masing didakwa memperoleh suapan wang sebanyak RM5,700 dan RM4, 300 daripada Mohd Rafie melalui Siti Nur Zura Khalid di sebuah bank di Kluang pada 20 September 2016.

Beliau yang merupakan bekas Pegawai Senggara 2 Sivil dan Struktur ATM, didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

ENDS
SPRM DAKWA BEKAS MEJAR ANGKATAN TENTERA DARAT SPRM DAKWA BEKAS MEJAR ANGKATAN TENTERA DARAT Reviewed by Mkl Crimedesk on 2:37 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.