www.mklcrimedesk.com

3 Buah Restoran Tawar GRO Langgar SOP PKPB


SERDANG - Sedang negara berhempas pulas memerangi wabak Covid 19... Ada lagi yang bersikap pentingkan diri sendiri tidak hiraukan prosedur operasi standard SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. 

Buktinya 3 buah restoran di Bandar Puteri Puchong Serdang digempur selepas didapati menjalankan kegiatan hiburan dan turut menyajikan wanita warga asing sebagai GRO.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah berkata, seramai 37 individu termasuk pelanggan dan penjaga peemsi dikenakan tindakan kompaun serta merta. 

Dalam serbuan itu, polis turut menahan, 9 WANITA warga Vietnam iaitu GRO dan 4 lelaki warga Myanmar yang bekerja di premis terbabit. 

Soal siasat mendapati, premis berkenaan menggunakan lesen restoran. 

Dan mereka mengaku menjalankan perniagaan berasaskan hiburan. 


Ketiga tiga pemilik premis dan juga pelanggan dikenakan kompaun dibawah Peraturan 3 dan 11 peraturan peraturan Pencegahan penyakit berjangkit dan pengawalan penyakit berjangkit 1988.

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.

ENDS
3 Buah Restoran Tawar GRO Langgar SOP PKPB 3 Buah Restoran Tawar GRO Langgar SOP PKPB Reviewed by Mkl Crimedesk on 3:06 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.