www.mklcrimedesk.com

32 PERMOHONAN RENTAS NEGERI GUNA ALASAN BERCUTI?



GOMBAK - Polis Gombak telah menerima sejumlah 1587 permohonan rentas negeri sejak 4 hari perlaksanaan PKPB bermula 14 Oktober lalu.

Bagaimanapun hanya 1055 sahaja permohonan diterima hasil saringan yang teliti.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata baki 32 lagi permohonan ditolak berikutan sebab rentas negeri yang disifatkan sangat remeh.

Ini termasuk bercuti mahupun menghadiri majlis kenduri kahwin saudara terdekat.

Manakala permohonan yang diterima kebanyakkan menunjukkan sebab kecemasan.

Antaranya, urusan kecemasan, rawatan perubatan, kematian dan kecemasan yang munasabah.

Individu yang gagal patuhi SOP PKPB boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 b akta 342 dibaca bersama peraturan 11 PKPB 2020.

Dalam operasi pematuhan di Gombak malam tadi, 7 kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis dan pelanggan restoran.

2 warga asing ditangkap kerana berniaga di jalanan hingga melebihi jam 10 malam.

Operasi bermula jam 8 malam tadi turut dilakukan serentak di seluruh pentadbiran Gombak yang memfokus kawasan restoran dan tumpuan orang ramai.

Antara kesalahan dikesan adalah gagal mendaftarkan identiti individu di Aplikasi My Sejahtera ataupun buku log, periksa suhu, penjarakan sosial, penggunaan sabun sanitasi.

Operasi itu digerakkan bersama 16 pegawai dan 40 anggota dengan 28 pasukan.
 
ENDS
32 PERMOHONAN RENTAS NEGERI GUNA ALASAN BERCUTI? 32 PERMOHONAN RENTAS NEGERI GUNA ALASAN BERCUTI? Reviewed by Mkl Crimedesk on 6:36 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.