www.mklcrimedesk.com

Lelaki warga emas ditemui mati dalam kereta


SERDANG - Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan di Merab Puchong Jaya pada 30 Oktober. 

Mangsa ditemui seorang wanita pada pukul 8.15 malam sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, hasil siasatan mendapati mangsa warga tempatan berusia lingkungan 60-an.

Hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang kecederaan berunsur jenayah pada mangsa. 

Namun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut. 

Sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Balai Polis Puchong Jaya di talian 03 8075 2222.

Ends
Lelaki warga emas ditemui mati dalam kereta Lelaki warga emas ditemui mati dalam kereta Reviewed by Mkl Crimedesk on 3:11 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.