www.mklcrimedesk.com

Pemuda Tunjuk Hebat Perlekeh Tugas Polis


KUALA LUMPUR - Kerana tunjuk pandai, seorang pemuda berusia 25 tahun ditangkap selepas pertikaikan tugas polis di khalayak ramai ketika pemeriksaan pematuhan PKPB di sekitar Brickfields Sabtu 18 Oktober. 

Tak habis di situ, lelaki terbabit berani bertindak menghalang tugas polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, pemuda itu kemudian dibawa balik ke ipd Brickfields untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Operasi bermula jam 8 malam itu telah mengeluarkan sebanyak 5 kompaun  terhadap pemilik premis yang gagal patuhi salah satu operasi standard SOP iaitu penjarakan sosial di dalam kedai.

Ketika pemeriksaan dilakukan di dalam kedai, situasi pelanggan sesak. 

Ada juga pelanggan tidak memakai topeng mulut dan tidak mendaftar maklumat diri di buku log premis ataupun melalui aplikasi my sejahtera.

Tegasnya, tahap pematuhan di daerah itu mencapai 95 peratus dan masih ada segelintir individu yang ingkar mematuhi SOP yang ditetapkan.

Zairulnizam juga menjelaskan, sejumlah 134 kompaun dikeluarkan sejak 4 hari perlaksanaan PKPB di daerah itu. 

Di Bangsar, mencatatkan 70 kompaun atas pelbagai kesalahan pematuhan SOP PKPB.

Operasi dijalankan serentak ke atas 7 balai polis dibawah pentadbiran IPD Brickfields.

Dengan kekuatan 26 pasukan pemantau, 1 sekatan jalan raya SJR statik dan 2 pasukan SJR mobil.

Orang awam dinasihatkan terus bertanggungjawab dalam mematuhi SOP PKPB supaya penularan wabak Covid19 ini dapat dikurangkan.

ENDS
Pemuda Tunjuk Hebat Perlekeh Tugas Polis Pemuda Tunjuk Hebat Perlekeh Tugas Polis Reviewed by Mkl Crimedesk on 5:21 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.