www.mklcrimedesk.com

Sindiket Tipu Promosi Pelacuran dan Cuci Duit Haram


CHERAS - Satu sindiket penipuan, promosi pelacuran dan cuci wang haram didalangi warga China berjaya ditumpaskan dengan penahanan 16 ahlinya termasuk 2 warga tempatan malam tadi. 

Kegiatan sindiket dikesan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman hasil 2 serbuan berasingan di 2 buah kondominium dekat Kajang dan Cheras. 

Turut dirampas sejumlah wang tunai  RM2.5 juta dalam serbuan ke atas sebuah kediaman di Cheras, malam 17 Oktober.

Wang tunai berkenaan yang dipercayai disimpan untuk proses pengubahan wang haram adalah hasil daripada kegiatan mempromosikan aktiviti pelacuran secara dalam talian di negara China.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, risikan polis Bahagian Anti Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman terhadap sebuah kondominium di Kajang membuahkan hasil. 

Dalam serbuan itu, 7 lelaki dan seorang wanita warga China berusia 21 hingga 28 tahun ditahan. 

Polis merampas 2 buah komputer riba, 15 telefon bimbit dan 2 keping kertas catitan kerja. 

Hasil soal siasat membongkar lagi kegiatan haram di  sebuah kondominium di Cheras dengan menahan 8 lagi individu. 

Suspek terdiri daripada 4 lelaki dan 2 wanita warga China serta sepasang a warga tempatan berusia 22 hingga 48 tahun. 

Pemeriksaan lanjut berjaya menemui sejumlah wang tunai 2.5 juta ringgit di dalam bagasi yang diletakkan di dalam bilik. 

Pelbagai pil disyaki dadah sintetik dan komputer riba serta telefon bimbit juta dirampas. 

Polis percaya sindiket  beroperasi sejak 2 bulan lalu.

Pemeriksaan dalam komputer riba juga didapati sindiket terbabit dalam pertukaran wang asing secara haram. 

Kesemua suspek berusia antara 21 hingga 48 tahun ditahan dan siasatan kedua dua serbuan itu disiasat mengikut Seksyen  Seksyen 4 (1) (c) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1960 dan  Seksyen 372 E Kanun Keseksaan. 

ENDS
Sindiket Tipu Promosi Pelacuran dan Cuci Duit Haram Sindiket Tipu Promosi Pelacuran dan Cuci Duit Haram Reviewed by Mkl Crimedesk on 6:32 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.