www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Tak Nak Kompaun Peniaga Kena Jual Test Kit Kendiri Covid...


[ JENAYAH MINGGU INI ] GOMBAK - Alasan terpaksa jual tak ikut harga siling gara gara stok lama masih belum habis terjual. Itu antara alasan peniaga yang menjual kit ujian pantas antigen covid 19 ketika diperiksa dalam operasi bersepadu kementerian perdagangan dan hal ehwal pengguna selangor bermula 5 september lalu. Bagaimanapun, segala alasan itu tidak terpakai bermula 12 september ini selepas diberi muka dan peluang untuk menyelaras semula harga kit kendiri itu. Pengarahnya, muhamad zikril azan abdullah berkata, sebanyak 2 aduan diterima yang mendakwa ada peniaga menjual melebihi harga kawalan yang ditetapkan kementerian pada 1 september lepas. Mereka meletakkan harga pada 39 ringgit 90 sen seunit berikutan bekalan yang ada adalah daripada pembekal yang menawarkan harga lama iaitu pada harga borong sekitar 30 ringgit. Bagaimanapun, peniaga berkenaan dikenakan amaran tegas selepas diperiksa. Dan sejumlah 503 premis meliputi sektor pengedaran, pemborong dan peruncitan di seluruh selangor diperiksa. Pihaknya memberi amaran tindakan penguatkuasaan undang undang akan dilakukan 12 september ini. Beliau ditemui dalam operasi bersepadu di premis premis yang menjual kit berkenaan dekat sri gombak siang tadi. Dalam operasi itu, masih ada peniaga yang guna harga lama dengan alasan tidak peka berkaitan harga kawalan yang ditetapkan. Muhamad berkata, peniaga yang berdegil tidak mengikut harga yang disarankan, akan dikenakan tindakan dibawah akta kawalan harga dan anti pencatutan 2011. Operasi bersepadu di seluruh selangor dalam usaha memastikan pematuhan harga kawalan ini dapat dipenuhi selain memastikan bekalan kit ujian kendiri itu mencukupi melibatkan 200 pegawai penguatkuasa, 77 pegawai pemantau. Terdahulu, kpdnhep telah menetapkan harga maksimum bagi kit ujian pantas antigen covid-19 di peringkat runcit ada 19 ringgit 90 sen seunit. Manakala jualan di peringkat borong pula pada harga 16 ringgit seunit. Orang ramai boleh membuat aduan rasmi berkenaan harga barangan dan barangan keperluan kepada kementerian ini melalui call centre 1800 886 800 ataupun, aplikasi ez adu, talian what's app ke 019 279 4317 mahupun di portal e-aduan@kpdnhep.gov.my. ENDS
MKL Crimedesk | Tak Nak Kompaun Peniaga Kena Jual Test Kit Kendiri Covid... MKL Crimedesk | Tak Nak Kompaun Peniaga Kena Jual Test Kit Kendiri Covid... Reviewed by MKLCrimedesk on 7:35 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Thank you because you have been willing to share information with us. we will always appreciate all you have done here because I know you are very concerned with our
    wordpress Casino
    ufa88kh.blogspot Casino
    youtube Casino
    SA GAMING

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.