www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Masalah Air Selangor Bomba Sukar Padam Api Kilang Lusuh


RAWANG - Kepulan asap tebal hingga mencetuskan panik penduduk setempat berpunca dari insiden kebakaran sebuah kilang kitar semula di Kampung Baru Sungai Bakau Rawang.

Kejadian dilaporkan jam 3 pagi tadi.

Kekangan tekanan air yang rendah berikutan Rawang antara lokasi yang sedang mengalami gangguan air di Selangor menyebabkan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengerahkan 7 jentera dari balai terdekat. 

Antara yang terlibat Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, Batu Arang, Sentosa, Selayang, Sungai Buloh, Subang Jaya dan Andalas.

Menurut Ketua Bomba Zon Hulu Selangor, Samsol Maarif Saibani, sebaik tiba 7 minit kemudian.. Api masih marak.

Tindakan pantas pihaknya, berjaya menyelamatkan beberapa kilang berdekatan.

Proses pemadaman api sepenuhnya mengambil masa lebih 6 jam berikutan kawasan yang luas dan bekalan air terhad. 

Kebakaran itu memusnahkan lebih 90 peratus bangunan kilang jenis kelas C berkenaan. 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggaran kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.

ends
MKL Crimedesk | Masalah Air Selangor Bomba Sukar Padam Api Kilang Lusuh MKL Crimedesk | Masalah Air Selangor Bomba Sukar Padam Api Kilang Lusuh Reviewed by MKLCrimedesk on 1:12 PM Rating: 5

1 comment:

  1. I think this is an informative post and it is very useful and knowledgeable. therefore, I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article
    wordpress Casino
    ufa88kh.blogspot Casino
    youtube Casino
    ស្លត់អនឡាញ SLOT ONLINE

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.